Ifa Raziah dilaporkan menghidap empat jenis penyakit pabila mengalami sakit perut berterusan dan kini ditahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Pelakon popular ini disahkan menghidap penyakit bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid. Dia sendiri tidak menyangka yang mana sakit perut yang dialaminya melarat dan sebenarnya berpunca dari penyakit yang dihidapinya ini.
“Saya mula mengalami sakit perut yang teruk sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, baru-baru ini dan makan pun tidak menentu. Saya memang tidak menyangka sakitnya melarat. Selepas menjalani beberapa ujian, doktor memberitahu saiz fibroid sudah sebesar kandungan bayi dua bulan sehingga menampakkan perut saya lebih besar,” ujar Ifa kepada BH Online.
Ifa menyatakan yang mana dia bakal menjalani pembedahan usus besar untuk merawat penyakit hernia sebelum membuang ketulan fibroid.
Penyakit tersebut sebenarnya terjadi pabila tubuh mengalami masalah kolesterol tinggi, asid berlebihan di dalam perut, sembelit, sering batuk dan obesiti.
Menerusi akaun Instagram milik Ifa, dilihat yang mana ramai sahabat-sahabatnya yang datang ke hospital untuk melawatnya. Bahkan, ruangan komen di setiap gambar Ifa turut dihujani dengan kata-kata semangat dan doa-doa dari pengikutnya supaya dia cepat sembuh seperti sedia kala.
Disebabkan komitmen kerja yang perlu diselesaikan, Ifa mengatakan yang dia terpaksa melakukan sedikit perubahan pada jadual kerjanya dek kerana pembedahan usus besar yang perlu dia jalani.
Semoga Ifa Raziah diberikan kesihatan yang baik seperti sebelum ini dan dipermudahkan segala urusan.