Ia turut mendapat sokongan pakar psikiatri yang mendakwa Amanda tidak lagi mempunyai masalah kewaspadaan dan perhatian, maklumat dan pemprosesan, atau keupayaan untuk memodulet perasaan dan kesan.
Peguam Amanda, David A. Esquibias memandang kes ini sebagai satu contoh konservatori yang berkesan dalam memulihkan seseorang individu.
“Kebanyakan masanya ibu Amanda membenarkannya untuk hidup bebas. Dia tidak pernah mahu hidupnya dikawal di bawah sistem konservatori namun faham mengapa ia dilaksanakan,” kata David.
Tambahnya beberapa tahun kebelakangan ini kehidupan bintang She’s The Man itu lebih stabil dan dia kini menyambung pengajian di Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles serta tinggal di apartmen komuniti wanita untuk belajar hidup lebih berdikari.
Foto: Wireimage
Baca: Mengejutkan! Britney Spears Dedah Dalang Sebenar Di Sebalik Konservatori 13 Tahun