Baru berusia 19 tahun namun pencapaian Iman Troye sudah dianggap cukup membanggakan.
Satu persatu kejayaan dicipta pemilik nama Nur Iman Alyssa Sahabuddin ini dan terbaharu, wajahnya dipilih untuk menghiasi papan iklan digital ikonik di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Pelantun lagu Nang ini mengikuti jejak langkah Yuna, Layla Sania dan Dolla selaku artis Malaysia keempat yang diberi penghargaan sedemikian. Ini turut menjadikannya wanita berhijab ketiga dari negara ini yang ditampilkan di papan iklan tersebut.