Pemilihan Iman ini sempena menjayakan kempen Equal anjuran platform muzik digital popular, Spotify untuk memupuk kesaksamaan dan memartabatkan artis wanita dari seluruh dunia.
Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi ini meluahkan rasa teruja kerana terpilih sebagai wakil Malaysia dan Singapura.
βMama, muka adik di billboard. Alhamdulillah! Saya sangat gembira kerana dipaparkan di Equal mewakili Malaysia dan Singapura di Times Square, New York. Terima kasih semua!β tulisnya.