Iman turut meluahkan rasa kesyukuran atas penghormatan yang diberikan dan menganggapnya sebagai kejayaan besar walau baru setahun jagung menceburi industri hiburan.
“Saya bersyukur atas penghormatan ini kerana ia merupakan satu kejayaan besar buat saya yang baru mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
“Saya juga seorang penyanyi wanita bertudung, jadi semestinya ia akan menjadi penyuntik semangat buat saya untuk terus berkongsi bakat yang ada,” katanya.