Awal November lalu, Iman mencipta rekod apabila video muzik terbaharunya, Nang mencapai satu juta tontonan selepas enam hari dimuat naik di YouTube.
Pencapaian ini mengulangi kejayaannya mencipta rekod yang sama buat dua lagu sebelum ini, Teman dan Pejam Celik Hari Raya yang turut meraih satu juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu selepas dilancarkan.
Nang dilancarkan di semua platform muzik digital terpilih pada 15 Oktober lalu sebelum dimuat naik di YouTube seminggu kemudian.