Nang dilancarkan di semua platform muzik digital terpilih pada 15 Oktober lalu sebelum dimuat naik di YouTube seminggu kemudian.
Muzik video terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini dilaporkan menelan kos pembikinan melebihi RM100,000.
Video arahan Lily Samsuddin ini turut menampilkan bakat baharu Iman dalam tarian tradisional yang direka oleh Aus daripada Nasty Rock Crew.