Golden Globes sentiasa menjadi detik yang menandakan bermulanya musim paling glamor dalam kalendar Hollywood, menyatukan segalanya daripada penampilan karpet merah, ucapan yang penuh emosi, hinggalah reaksi spontan peminat di media sosial.
Bersempena Golden Globes 2026, EH! menghimpunkan foto-foto insider dari after party untuk membawa anda menyelami dunia glam selepas tirai rasmi ditutup. Inilah babak di mana Hollywood kelihatan paling hidup, bebas, intim dan sarat dengan cerita.
1. Angelina Jolie Terjun Kolam (1999)
Malam kemenangan bertukar menjadi momen ikonik apabila Angelina Jolie mencuri perhatian selepas membawa pulang trofi Golden Globe. Menunaikan janji spontan kepada seorang wartawan, dia tanpa ragu terjun ke dalam kolam di Hotel Beverly Hilton, malah menarik wartawan tersebut bersamanya. Aksi berani ini kekal sebagai simbol sisi rebel dan fearless Angelina di era awal kariernya.

2. Leonardo DiCaprio & Cameron Diaz (2007)
Bagi Leonardo DiCaprio, after party sering menjadi pentas untuk mempamerkan karisma lelaki klasik Hollywood. Antara yang paling diingati ialah kemunculannya bersama Cameron Diaz di InStyle & Warner Bros. Golden Globes After Party pada 15 Januari 2007 dimana dia tampil dalam sut klasik yang kemas manakala Cameron Diaz pula mencuri tumpuan dengan gaun putih Valentino satu bahu yang dramatik, dihiasi perincian ruffle yang membuatkan penampilannya begitu menonjol malam itu.

3. Megan Fox, Vanessa Hudgens & Zac Effron (2009)
Siapa boleh lupa kemunculan Megan Fox, Vanessa Hudgens dan Zac Efron di Golden Globes After Party 2009? Ketika itu, pasangan High School Musical ini menjadi simbol power couple di Hollywood, dan setiap penampilan bersama mereka sentiasa mengundang nostalgia. Menariknya, foto malam tersebut turut merakam interaksi mesra antara Megan Fox dan Vanessa Hudgens, memperlihatkan suasana after party yang penuh spontan.

4. Megan Fox & Amanda Seyfried (2009)
Megan Fox dan Amanda Seyfried mencuri perhatian apabila hadir bersama di Golden Globe Awards pada Januari 2009. Kemunculan ini berlaku tidak lama selepas mereka membintangi filem kultus Jennifer’s Body, menjadikan momen tersebut begitu signifikan buat peminat menjadikannya satu momen nostalgia yang kekal sebagai kapsul masa pop culture Hollywood.

5. Selena Gomez, Ashley Tisdale, Vanessa Hudgens, Sarah Hyland (2013)
Satu pop culture crossover yang berlaku secara spontan apabila Selena Gomez, Ashley Tisdale, Vanessa Hudgensn dan Sarah Hyland dirakam dalam satu frame yang kini dianggap ikonik. Daripada metallic tones dan sequin berkilauan hinggalah siluet body-hugging, gaya malam itu jelas mencerminkan obsesi Hollywood terhadap glam maksimum ketika itu. Foto ini kekal diingati sebagai momen di mana bintang pop dan Disney Channel berkumpul dalam satu ruang.

6. Jaime King, Taylor Swift & Hailee Steinfeld (2014)
Jaime King, Taylor Swift dan Hailee Steinfeld menghadiri Golden Globes After Party di Beverly Hilton Hotel. Ketika itu, ketiga-tiga mereka dikenali sebagai sahabat rapat dan sebahagian daripada Taylor Swift’s squad. Hubungan ini kemudiannya menjadi lebih akrab apabila mereka tampil bersama dalam muzik video Bad Blood, sekali gus menjadikan momen Golden Globes ini antara detik awal yang merakam keakraban selebriti popular ini.

7. Cara Delevingne, Georgina Chapman, Jennifer Lopez & Rita Ora (2015)
Cara Delevingne, Georgina Chapman, Jennifer Lopez dan Rita Ora dirakam bersama di The Weinstein Company & Netflix Golden Globes After Party pada Januari 2015 di Beverly Hilton Hotel, menjadikan momen ini antara sorotan utama selebriti malam tersebut. Dirakam sedang bersembang dan menikmati suasana selepas majlis, foto-foto ikonik ini memperlihatkan interaksi santai dan mesra antara mereka.

8. Kylie Jenner & Kendall Jenner (2017)
Duo beradik ini hadir dengan twinning beauty moment dimana, sanggul tinggi dipadankan dengan bibir berkilau yang instantly menjadi rujukan kecantikan ketika itu. Dirakam sedang menikmati pizza di tengah-tengah pesta, Kylie dan Kendall kekal effortless glam ermasuk Kylie yang secara terbuka dan yakin menampilkan parut di pahanya.

9. Zoë Kravitz, Cara Delevingne & Anya Taylor-Joy (2025)
Zoë Kravitz, Cara Delevingne dan Anya Taylor-Joy dilihat bersama di after party. Zoë dan Anya memilih untuk kekal dengan busana Golden Globes masing-masing, seolah-olah masih mahu memanjangkan momen glam di karpet merah manakala, Cara Delevingne pula tampil lebih santai dengan menukar gaun metalik birunya kepada sut seluar hitam yang sleek.

9. Pelakon Heated Rivalry (2026)
Barisan pelakon Heated Rivalry akhirnya kembali bersatu buat pertama kali secara terbuka sejak tamat penggambaran. Hudson Williams, Connor Storrie, François Arnaud, Robbie G.K. dan Nadine Bhabha dirakam bersama walaupun mereka pernah dilihat muncul dalam kumpulan kecil sebelum ini tetapi, inilah kali pertama kelima-lima bintang siri popular tersebut tampil lengkap dalam satu frame.

Artikel Berkaitan: Gaya Kecantikan Selebriti di Golden Globes 2026
