Hari pertama jelajah En Route To EH!xperience x Kérastase membuka tirai pertama dengan penuh meriah di kampus HELP University Subang 2! Thank you for joining us!
Seawal pagi, para pelajar HELP University Subang 2 sudah mula membanjiri kawasan utama kampus, teruja menyaksikan ketibaan trak En Route To EH!xperience yang tampil dengan rekaan pastel pink & nude, aktiviti menarik dan pastinya mencuri perhatian.
Dengan cuaca yang cerah dan latar muzik gen Z yang menghidupkan suasana, aktiviti pada hari kelmarin berlangsung dalam suasana yang cukup positif dan menyeronokkan!
Pelbagai aktiviti menarik seperti kopi percuma HWC, jenama lokal Nazifi Nasri, sesi masterclass eksklusif bersama pakar penjagaan rambut Kérastase dan ‘photo spot’ oleh Canon yang Insta-worthy.
Temubual dan impresi pertama oleh pelajar HELP University Subang 2 Di En Route To EH!xperience x Kérastase
1. Aisyah Zulaikha
“Saya sangat teruja bila nampak trak En Route To EH!xperience x Kérastase ini, tak sangka universiti kami jadi lokasi pilihan. Rasa macam masuk dunia kecantikan sebenar!”
2. Lim Wei Xuan
“Saya suka bila ada aktiviti interaktif macam ni, lebih-lebih lagi bila boleh dapat kopi HWC percuma.”
3. Harvind Raj
“Saya tak pernah cuba produk Kérastase sebelum ni, jadi peluang ni memang membuka mata saya tentang kepentingan jaga kulit kepala.”
4. Nurul Iman
“Cantik betul setup truck ni! Lepas masuk, rasa macam masuk truk kecantikan eksklusif. Staff semua pun sangat mesra.”
5. Amirul Hakim
“Saya datang dengan kawan-kawan, tak sangka akan enjoy macam ni. Rasa macam event celebrity!”
6. Chong Mei Yee
“Dari sesi masterclass sehingga ke aktiviti, semuanya best! Sangat impressed dengan effort En Route To EH!xperience x Kérastase.”
7. Deepa A/P Manoharan
“Sangat menarik bila dapat tangkap foto di Canon, ia sangat Gen Z dan estetik mood!”
8. Farah Nabila
“Saya harap aktiviti macam ni dibuat selalu. Bukan saja menyeronokkan, tapi juga beri ilmu penjagaan diri yang berguna.”
9. Chen Ai Ling
“Memang best! Dapat sample free dan pengalaman kecantikan digital. Tak selalu dapat peluang macam ni.”
10. Puteri Balqis
“Saya suka vibe fun dan energy team EH! Malaysia! Semua pelajar yang datang pun nampak enjoy.”
Baca: En Route To EH!xperience x Kérastase Kini Kembali, Bakal Kunjungi 8 Universiti!