Pada Disember tahun lepas, Elyana mengumumkan bahawa dia bebas dari kanser selepas 12 tahun penantian dan usaha. Dia dikatakan menghidapi kanser limfoma sejak 2010 dan jangkaan doktor, dia hanya mampu hidup selama setahun.
Elyana ditemui tidak lagi berhijab di program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada 9 Ogos 2022. Bagaimanapun, Elyana tidak pernah menyesal memandangkan setiap hal itu merupakan satu proses pembelajaran. Elyana juga selesa dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang berhijab. “Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan. Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.”.”Inilah saya, jika anda boleh menerima saya, Alhamdulillah. Temu bual selanjutnya di Youtube.
Rakan artis Mila Jirin turut memberi perkongsian menerusi Instagramnya yang ditujukan kepada Elyana. Dalam video tersebut Mila menceritakan dahulunya dia memakai hijab kerana rambutnya rosak tetapi diberi hidayah untuk memakainya sehingga ke hari ini. Mila menganggap apa yang berlaku kepada Elyana itu ialah ujian dan memohon agar peminat tidak terus menghukum, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk Elyana agar diberi hidayah.
Baca: 9 Bulan Berpisah Dengan Shawn Mendes, Camila Cabello Tayang Teman Lelaki Baharu