Musim konsert, ramai artis antarabangsa memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan mereka!
Kalendar hiburan 2026 semakin padat dengan kehadiran bintang antarabangsa ke Kuala Lumpur. Dari K-pop hingga indie dan R&B, ibu kota Malaysia sekali lagi membuktikan statusnya sebagai destinasi wajib dalam jelajah dunia artis global.
Berikut adalah senarai konsert yang sudah diumumkan setakat ini, lengkap dengan tarikh untuk anda mula merancang:
IVE
Tarikh: 4 April 2026
Antara girl group generasi baharu yang paling berpengaruh, IVE terus mencuri perhatian dengan konsep “luxury chic” yang menjadi identiti mereka. Dengan lagu-lagu hits seperti LOVE DIVE dan I AM, kumpulan ini dikenali dengan aura elegan, visual premium dan keyakinan di atas pentas.
CNBLUE
Tarikh: 11 april 2026
Gabungan elemen band live dan pop menjadikan konsert CNBLUE lebih ‘intimate’ tetapi tetap bertenaga—sesuai untuk peminat muzik yang mahukan pengalaman lebih dekat.
Taeyong
Tarikh: 11 April 2026
Sebagai ketua kepada NCT dan salah satu figura paling berkarisma dalam K-pop, Taeyong dikenali dengan gaya persembahan yang edgy dan artistik. Daripada rap yang penuh intensiti hingga koreografi yang tajam, setiap penampilan beliau sentiasa mencuri perhatian.
Konsert solo Taeyong dijangka lebih eksperimental dan visual-driven, menggabungkan elemen seni, fesyen dan muzik dalam satu pengalaman yang bold dan avant-garde. Ini adalah show untuk peminat yang menghargai kreativiti tanpa batas dalam dunia K-pop.
Woodz
Tarikh: 18 April 2026
Solois serba boleh dari Korea Selatan ini membawa MTV‑worthy vokal, penulisan lagu sendiri dan show pentas yang kuat kepada fan di Malaysia. Selepas melancarkan album penuh pertamanya Archive. 1 pada awal 2026, Woodz memulakan jelajah dunia yang membawa dia ke 17 bandar merentasi Asia, Eropah dan Oceania termasuk Kuala Lumpur.
Di konsert ini, peminat boleh jangka lagu‑lagu popular seperti Drowning, Different dan trek‑trek baharu dari album terbaru dibawakan dengan gabungan genre R&B, rock dan pop yang kaya emosi
ONE OK ROCK
Tarikh: 29 April 2026
Dikenali dengan persembahan live yang penuh tenaga, band Jepun ini sentiasa berjaya menghidupkan suasana dengan vokal kuat dan muzik rock moden yang agresif.
Apink
Tarikh: 3 May 2026
Sebagai antara girl group K-pop yang kekal relevan lebih sedekad, Apink membawa aura elegan dan feminin yang cukup ikonik. Daripada konsep comel ke imej lebih matang seperti I’m So Sick dan Dumhdurum, evolusi mereka jelas memikat peminat lama dan baru.
BUS
Tarikh: 19 Mei 2026
BUS, singkatan daripada Because Of You I Shine, adalah boy band T‑pop dari Bangkok, Thailand yang baru muncul tetapi semakin mencuri perhatian di seluruh Asia. Dibentuk melalui rancangan realiti 789 SURVIVAL, kumpulan ini mempunyai 12 ahli yang dipilih berdasarkan undian penonton dan keputusan juri, menjadikannya satu daripada boy band paling besar dalam gelombang T‑pop semasa.
Muzik mereka memadukan elemen pop moden dengan tarian penuh tenaga, serta mesej tema persahabatan, penghargaan dan optimism, yang turut mencetuskan kebangkitan T‑pop di peringkat serantau. Mereka juga terkenal dengan produksi video muzik yang ceria dan choreography yang menarik.
Daniel Caesar
Tarikh: 24 May 2026
Untuk pencinta R&B, konsert ini menjanjikan malam yang lebih santai, intimate dan penuh emosi.
TREASURE
Tarikh: 30 Mei 2026
Boy group K‑pop yang makin naik ini bakal singgah di Kuala Lumpur sebagai anak tangga terakhir dalam jelajah Asia mereka pada tahun 2026.
TREASURE dibentuk di bawah YG Entertainment dan terdiri daripada sepuluh ahli berbakat yang terkenal dengan persembahan bertenaga, koreografi tajam dan lagu‑lagu hit seperti “JIKJIN”, “DARARI”, “HELLO” dan “BONA BONA” yang sering menjadi nyanyian bersama peminat di seluruh dunia.
Dewa
Tarikh: 6 Jun 2026
Legenda rock dari Indonesia ini masih menjadi fenomena di rantau Asia Tenggara. Dengan lagu-lagu ikonik seperti Kangen, Pupus dan Roman Picisan, Dewa menawarkan pengalaman konsert yang penuh emosi dan nostalgia.
Kodaline
Tarikh: 26 August 2026
Nama besar dalam genre indie-pop ini bakal menghadirkan suasana romantik dengan lagu-lagu cinta yang pasti membuatkan seluruh stadium ‘sing along’.
Avenged Sevenfold
Tarikh: 26 September 2026
Band heavy metal ikonik dari California ini antara nama yang sering menjadi wishlist peminat rock tempatan. Dikenali dengan gabungan bunyi metal, hard rock dan elemen progresif, Avenged Sevenfold menjanjikan persembahan yang penuh intensiti, dari riff gitar agresif hingga vokal dramatik.
Post Malone

Tarikh: 27 September 2026
Dengan deretan hits global, konsert Post Malone dijangka menarik crowd pelbagai genre, daripada hip-hop ke pop.
Kendrick Lamar
Tarikh: 25 oktober 2026
Nama besar dalam dunia hip-hop global, Kendrick Lamar bukan sekadar rapper, dia adalah seorang pencerita dan visionari muzik. Dikenali dengan lirik yang tajam, sarat mesej sosial dan produksi yang berlapis, setiap persembahan Kendrick membawa dimensi yang lebih mendalam daripada sekadar hiburan.
My Chemical Romance
Tarikh: 19 dan 20 November 2026
Band ikonik era emo ini kembali dengan persembahan penuh nostalgia. Peminat lama boleh menjangkakan setlist sarat dengan lagu klasik yang pernah mendominasi carta awal 2000-an.
LANY
Tarikh: 22 November 2026
Antara nama besar dalam genre indie-pop ini bakal menghadirkan suasana romantik dengan lagu-lagu cinta yang pasti membuatkan seluruh stadium ‘sing along’.
BTS
Tarikh: 12 dan 13 Disember 2026
Kumpulan sensasi global ini diramal kembali dengan jelajah dunia pasca-hiatus. Jika Kuala Lumpur tersenarai, ia pasti menjadi konsert paling besar tahun ini—lengkap dengan produksi bertaraf stadium dan sokongan ARMY yang luar biasa.
















