Siapa yang tidak mahu tubuh langsing menawan bak Kareena Kapoor bukan? Ini dia rahsia badan cantik menawan ketika hamil dan selepas bersalin bintang Bollywood ini.
Kita semua pastinya tahu bagaimana Kareena Kapoor Khan menikmati tempoh hamilnya sebelum ini. Pakar diet dan pemakanan Rujuta Diwekar yang menjaga setiap diet yang diamalkan oleh isteri kepada Saif Ali Khan itu menyatakan yang mana aktres tersebut pernah mengaku yang beratnya meningkat 18kg ketika mengandungkan anak lelakinya itu, Taimur Ali Khan Pataudi.
Meskipun begitu, Kareena masih dapat dilihat menawan. Bahkan, dia memulakan trend fesyen baru untuk wanita hamil di India. Kareena membuktikan bagaimana dia boleh kelihatan chic dan cool walaupun sedang sarat hamil sebelum ini.
Tidak hanya ketika hamil, malah Kareen turut tampak cantik langsing selepas bersalin. Nak tahu apa diet bintang Bollywood ini amalkan? Ketahuinya di bawah.
Pemakanan yang betul adalah kunci utama
“I enjoyed my pregnancy. Saya makan dengan betul. Saya turut mengambil ghee, semua jenis paratha, pizza… Saya makan semuanya. Rujuta memberitahu saya supaya tidak berkompromi. Makan sedikit, setiap dua hingga tiga jam, yang mana ia terjadi secara semula jadi. Tetapi semestinya sekarang ini sudah berbeza.” – Kareena Kapoor
Produk tenusu adalah sangat penting ketika hamil
Rupa-rupanya anda akan kehilangan kira-kira lima tahun kalsium semasa mengandung, jadi ia sangat penting untuk kita mengembalikan keseimbangan kalsium dalam badan. Kareena dinasihatkan untuk mengambil segelas susu setiap malam jika dia mengadu lapar. “Produk tenusu mempunyai banyak asid Conjugated Linoleic (CLA) yang membantu untuk membakar lebih banyak lemak dan menolong dalam mobilisasi lemak dari kawasan degil.” – Diwekar
Makan secara sederhana
Diwekar menekankan dalam kepentingan makan secra bersederhana kepada Kareena. Ia tidak bermaksud meninggalkan segala makanan yang anda suka, tetapi memberikan lebih perhatian kepada apa yang anda ambil dan kadar sukatannya. Satu perkara lagi yang penting adalah jangan menonton TV sambil makan tetapi lihat pada makanan yang anda ambil.
Crash diet semestinya tidak
Ramai orang memilih untuk crash diet selepas bersalin. Jika anda ingin menurunkan berat badan, kurangkan pengambilan makanan secara beransur-ansur dan bukannya secara mendadak. Disebabkan ramai yang inginkan hasil yang cepat, mereka memilih untuk crash diet dan dari situ bermulalah penyakit cara hidup mula muncul. “Saya rasa ia sangat penting untuk semua wanita memahami yang mana satu cara sahaja yang anda tidak boleh ambil risikonya adalah dengan memaksa tubuh merasakan keletihan itu. Jadi, cuba perlahankan kadar metabolisme dan naikkan berat badan pada jangka masa panjang lebih baik daripada menghilangkan lebih banyak berat badan.” – Diwekar.
Elak lingkaran gelap bawah mata selepas bersalin dengan makanan tinggi zat besi
Ramai wanita hamil risau akan rupa mereka. Triknya adalah dengan menyayangi diri dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi B12 serta zat besi.