Tanpa menunggu lama, dia memberi respons terhadap lirik “You traded a Rolex for a Casio” sewaktu mempromosikan liga terbarunya, Kings League dalam rancangan Chup Chup Kings Jumaat lalu.
“Kami telah mencapai persetujuan dengan Casio,” selorohnya sambil menunjukkan kepada penonton jam jenama Jepun itu yang melingkari pergelangan tangannya.
Selepas tertawa panjang, dia menambah: “Saya serius. Kami telah menandatangani perjanjian dengan Casio untuk Kings (League). Jam tangan ini akan bertahan sepanjang hayat, percayalah!”
Gerard turut membidas lirik “You traded a Ferrari for a Twingo” dua hari kemudian dengan memandu kereta Renault Twingo ke perlawanan ketiga Kings League, selepas mendapat penajaan peribadi daripada jenama Perancis itu.