Sindiran Gerard bagaimanapun tidak berjaya mengguris hati Shakira yang ketika ini sedang menikmati kejayaan lagunya di platform penstriman popular.
Bzrp Music Sessions #53 memperoleh 63 juta tontonan dalam masa 24 jam dan mencipta rekod sebagai video muzik Latin paling banyak ditonton di YouTube. Ia juga distrim melebihi 53 juta kali di Spotify.
Menurut Marca, lagu tersebut telah menjana lebih RM2.22 juta daripada YouTube, RM2.16 juta daripada Amazon, RM1.56 juta daripada Spotify dan RM5.19 juta daripada Apple setakat ini.
Baca: Shakira Dedah Punca Perpisahan Dengan Gerard Pique Menerusi Lagu