Billie kemudian menyambung ucapan yang jelas lahir dari hatinya yang tulus. “Anda layak mendapat anugerah ini. Tahun ini, saya rasakan anda tidak mampu diatasi. Anda adalah ratu, saya seperti mahu menangis apabila memikirkan betapa saya menyukai anda, anda sangat cantik, anda sangat berbakat.
“Anda berhak mendapat segala yang ditawarkan dunia ini, saya selalu memikirkan anda dan menyokong anda. Sejujurnya dari lubuk hati saya, anda layak mendapat anugerah ini.
“Bolehkah kita semua bersorak untuk Megan Thee Stallion?” dia bertanya kepada hadirin.
Dimulakan oleh Billie, tepukan gemuruh mula bergema di arena Staples Center, Los Angeles. Dia kemudian menambah, dia tetap menghargai kemenangan tersebut dan merakamkan jutaan terima kepada Academy, pihak-pihak yang terlibat, juga abangnya Finneas.
Ucapan Billie membuatkan peminat mengimbas kembali reaksi mengejutkan Adele ketika dia memenangi Album Terbaik pada 2017. Tegasnya, trofi tersebut selayaknya dimiliki oleh Beyonce untuk album Lemonade.
Billie turut memberi reaksi serupa apabila memenangi anugerah sama tahun lalu, di mana dia mengatakan album Thank U, Next oleh Ariana Grande berhak merangkul trofi Album Terbaik 2018.
Billie adalah penyanyi kelima dan pemuzik wanita kedua yang pernah memenangi Rekod Terbaik sebanyak dua kali. Dia merupakan artis termuda yang tersenarai dalam kelab ekslusif tersebut di samping Simon & Garfunkel, U2, Roberta Flack, dan Henry Mancini.
Foto: Getty Images
Baca: Billie Eilish Akhirnya Dedah Perihal Bekas Teman Lelaki