Majoriti waktu yang diperuntukkan kala pembikinan filem Wonder Woman, bintang utamanya iaitu Gal Gadot sebenarnya sedang hamil anak kedua.
Dengan teknologi serba canggih, team produksi filem Wonder Woman berjaya menghasilkan sut yang berasaskan skrin hijau untuk mengaburi perut hamil Gal Gadot ketika itu. Sewaktu pembikinan filem blockbuster, Gadot dikatakan sedang hamil lima bulan.
Namun ketika di set penggambaran, Gadot sebenarnya tidak mahu sesiapa krew produksi mengetahui akan berita kehamilannya itu dek kerana dia tidak mahu diberikan layanan istimewa hanya disebabkan statusnya sebagai ibu hamil.
Lumrahnya, Gadot sebagai wanita hamil tidak lari dari masalah muntah-muntah sehinggakan dia terpaksa berlari ke sudut-sudut tersorok demi menyembunyikan masalah mual, muntah dan migrain yang disebabkan hormon dari pengetahuan ramai.
“Saya terus berlari keluar. Saya mula hadir ke set dengan cermin mata hitam. Saya mempunyai satu jug air bersama potongan halia. Seorang dari penerbit filem tersebut selalu bertanya,’Kenapa awak minum air itu?’ They thought I’d gone Hollywood,” ujar Gadot.