Menetapkan tempoh bertunang selama setahun, pasangan ini bagaimanapun masih belum merancang atau membuat apa-apa keputusan mengenai majlis perkahwinan mereka.
“Peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya.
“Perancangan untuk bernikah belum ada lagi. Kita selesaikan yang hal pertunangan dahulu,” jelas Qismina.
Percintaan pasangan ini berputik selepas digandingkan sebagai teraju utama dalam drama Adam Chempaka yang ditayangkan pada 2019.
Foto: Instagram/Adam Lee