Senarai tetamu A-List yang dinantikan…
“America’s Royal Wedding”, itulah gelaran yang diberikan media antarabangsa kepada majlis perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce yang akhirnya berlangsung pada 3 Julai 2026 di Madison Square Garden, New York City.

Berlokasi di sebuah arena ikonik, pasangan itu mengubah ruang berkenaan menjadi sebuah taman romantik yang dipenuhi ribuan kuntuman bunga putih dan rona peach, lengkap dengan pencahayaan lembut yang memberikan suasana cukup intim.
Majlis tersebut dikatakan dihadiri lebih 1,000 tetamu, menjadikannya antara perkahwinan selebriti paling eksklusif dan paling diperkatakan tahun ini!
:max_bytes(150000):strip_icc()/taylor-swift-wedding-main-107aed2783dc402ebedb86ee1ef2aba3.jpg)
Menariknya, semua tetamu perlu mematuhi polisi no-phone dan menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA), menyebabkan hanya sedikit foto rasmi tersebar ke media sosial. Malah, Taylor dan Travis turut menulis sendiri ikrar perkahwinan mereka, sementara legenda muzik Stevie Nicks dilaporkan membuat persembahan khas sepanjang malam.
Selebriti A-List di majlis perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce:
:max_bytes(150000):strip_icc()/selena-gomez-070426-3f1bf4d959794775bdbc61b2d19f90e8.jpg)
Selena Gomez
Jika ada seorang individu yang wajib berada di sisi Taylor pada hari paling bermakna dalam hidupnya, sudah tentu Selena Gomez.
Persahabatan mereka yang terjalin sejak 2008 dan Selena tiba dalam persalinan satin rona champagne yang cukup elegan. Siluet minimalis bersama perincian barang kemas berlian menyerlahkan aura classic Hollywood.
Dakota Johnson
Tidak pernah mengikut arus, Dakota Johnson memilih gaun hitam sheer bersama perincian renda yang menyerlahkan estetika sensual. Gaya tersebut cukup sinonim dengan personalitinya yang gemar tampil understated.

Camila Cabello
Camila Cabello turut mencuri perhatian apabila hadir dalam gaun renda rona merah yang dipadankan dengan cross necklace, memberikan sentuhan klasik namun elegan. Kehadiran penyanyi Havana itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia merupakan sahabat baik Taylor Swift dan pernah menjadi salah seorang artis pembukaan untuk jelajah Reputation Stadium Tour pada 2018.

Bradley Cooper
Bradley Cooper tampil klasik dalam black tuxedo tailored fit dengan kemeja putih dan bow tie hitam. So timeless dan sofistikated.

Karlie Kloss and Joshua Kushner
Karlie Kloss memilih gaun emas (gold) strapless berkilau dengan sentuhan modern glam, dipadankan dengan gincu merah yang bold. Joshua Kushner pula tampil dalam sut black classic tuxedo dengan bow tie, selari dengan tema black tie majlis.

Ethan Hawke
Ethan Hawke hadir dalam sut hitam klasik dua butang, lengkap dengan kemeja putih dan tie gelap, gaya understated Hollywood veteran yang effortless.

Gigi Hadid
Gigi Hadid menjadi antara paling menyerlah dalam gaun pink salmon berkilau dengan perincian beaded dan corset silhouette, lengkap dengan aksesori pink diamond. Gaya ini memberi vibe romantic luxury & soft Hollywood glam.

Jennifer Lopez
Jennifer Lopez tampil penuh drama dalam gaun hitam berkilau (sequined/glitter gown) dengan siluet fitted yang menonjolkan signature glam “old Hollywood sparkle” miliknya.
Baca: ‘America’s Royal Wedding’, Taylor Swift Sah Bergelar Isteri Travis Kelce
