Mohon Bantuan Dan Sokongan Peminat
Melalui video yang dikongsi, Tomok menitipkan harapan kepada pengikutnya di Instagram untuk membeli pakaian tersebut jika berminat memandangkan saiznya terlalu besar buat tubuhnya.
“Saya nak jual kalau ada sesiapa nak. Saya tak jual dengan harga asal. Pengilat kuku hanya terkena sedikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi. Saya mengaku ini silap saya. Ujian nak raya agaknya. Insya-Allah ada rezeki lain untuk saya,” ujarnya tenang.
Ternyata rezeki menyebelahi Tomok kerana hanya selepas beberapa jam, kesemuanya berjaya dijual kecuali dua helai kemeja-T yang akan disimpannya sebagai kenangan untuk dipakai dua anak lelakinya apabila besar kelak. “Terima kasih @shuibsepahtu, @anaszahrin dan dua pengikut Instagram saya,” luahnya syukur.
Penyanyi berusia 39 tahun itu sempat mendedahkan ‘dalang’ comel di sebalik insiden yang berlaku. “Inilah orangnya,” tulisnya pada foto anak bongsunya, Siti Khadijah. Dalam foto yang dimuat naik di Instagram Story, puteri tunggalnya yang baru berusia dua tahun itu kelihatan gembira menayang kuku merah jambunya ke arah lensa kamera!