5. Lagu Seth MacFarlane (2013)
Satu lagi jenaka yang dianggap keterlaluan apabila Seth menyanyikan lagu We Saw Your Boobs di pentas Oscar hampir sedekad lalu. Lagu tersebut berkisar tentang payudara selebriti yang pernah dilihatnya di layar perak termasuk Meryl Streep, Jodie Foster, Halle Berry dan Charlize Theron. Ramai mengutuk tindakannya merendahkan martabat wanita di acara yang amat berprestij.