Lebih lima tahun berumah tangga, Preity Zinta akhirnya mengumumkan satu berita gembira buat peminat-peminatnya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Preity memuat naik fotonya bersama suami, Gene Goodenough dan mendedahkan mereka kini bergelar ibu bapa kepada sepasang cahaya mata kembar.
Bayi lelaki dan perempuan yang dikandung menerusi kaedah ibu tumpang itu diberi nama Jai dan Gia Zinta Goodenough.