Pelakon berusia 46 tahun ini bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata yang melengkapi kehidupan mereka suami isteri.
Berita kelahiran ini mengundang keterujaan peminat yang membandingkan kisah sebenar Preity dengan filem pecah panggung lakonannya, Chori Chori Chupke Chupke yang ditayangkan pada 2001.
Ironinya dalam filem tersebut, Preity memainkan watak Madhubala iaitu seorang wanita jalang yang sanggup ‘menyewakan’ rahimnya dengan bayaran tinggi untuk membawa kandungan milik pasangan suami isteri, Raj (Salman Khan) dan Priya (Rani Mukherjee).
