Preity mendirikan rumah tangga dengan suaminya dalam satu majlis tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Februari 2016.
Walau kerjayanya sedang rancak di Bollywood ketika itu, dia membuat keputusan untuk berpindah dan hidup di samping suaminya di Los Angeles.
Memulakan kerjaya lakonan menerusi filem hit Dil Se pada 1998, namanya meniti kemasyhuran menerusi pelbagai filem terkenal seperti Dil Hai Tumhara (2002), Koi Mil Gaya (2003), Veer-Zaara (2004), Kabhi Alvida Naa Kehna (2006) dan Ishkq In Paris (2013).
Preity juga bakal tampil dalam filem Rocky Aur Rani Ki Prem Kahani yang bakal ditayangkan pada 2022.
Foto: Hindustantimes
Baca: Pilihan Nama Anak Kedua Kareena Kapoor Mencetus Kontroversi Di India