Teks: Salsabilla
Gambar: TPGimages
Pasangan selebriti Adam Levine (penyanyi) dan isterinya Behati Prinsloo (Model Victoria’s Secret) mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata kelak.
Beberapa minggu lalu, Behati berkongsi kepada media antarabangsa yang dirinya sedang hamil lebih dua bulan. Sebelum ini ketika selesai majlis perkahwinan mereka dua tahun lalu di Mexico, pasangan secocok ini pernah menyatakan yang mereka teruja dan cukup bersedia untuk memulai sebuah keluarga yang besar.
Gambar: TPGimages
Bahkan, isteri kepada vokalis Maroon 5 ini pernah mengatakan yang dirinya menginginkan 10 orang anak kerana dia merupakan anak tunggal. Namun ketika ini Behati masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda baby-bump lagi.
“Saya selalu menginginkan sebuah keluarga sejak saya kecil lagi, sebuah keluarga yang besar… Saya seorang anak tunggal. Jadi saya mengidamkan anggaran 10 orang anak… Semestinya,” ujar Behati kepada portal media antarabangsa.
Pasangan ini mula bercinta sejak Jun 2012 dan setelah dua tahun berkenalan, mereka selamat melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat Behati Prinsloo dan Adam Levine!