Viu jalin kerjasama bersama Media Prima Primeworks Studios dalam menyiarkan produksi Viu Original baharu, Isteri Misteri.
Viu, penyedia layanan penstriman video OTT terkemuka rantau ini yang dikendalikan oleh Viu International Limited telah menjalinkan usahasama bersama Media Prima, penyiar terbesar negara ini untuk menghasil dan menyiarkan produksi Viu Original baharu Isteri Misteri.

Produksi Viu Original baharu ini menampilkan barisan bintang terkenal dan tersohor Sharnaaz Ahmad, Sharifah Sakinah, Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz dan Azar Azmi

Isteri Misteri berkisar tentang seorang lelaki romantik yang berpoligami dan telah diberitahu bahawa salah seorang daripada isterinya akan membunuhnya.
Hasil ramalan ini, dia telah memulakan siri penyiasatannya sendiri dengan babak-babak yang melucukan untuk memperdaya isteri-isterinya. Ia merungkai plot yang penuh dengan pelbagai liku-liku menarik sepanjang 10 episod siri ini. Siri ini akan disiarkan di TV3 secara eksklusif satu jam sebelum disiarkan di Viu.

Produksi komedi-drama yang sangat menghiburkan ini dibintangi oleh pelakon Malaysia yang berbakat besar. Karakter utama, Rizal dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, pemenang Pelakon Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 yang bergabung bersama Tiz Zaqyah, pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2016, yang melakonkan watak Emma, isteri Rizal yang pertama dan ibu kepada dua anaknya.

Sharifah Sakinah memberi adrenalin kepada penceritaan ini sebagai Yatie, isteri Rizal yang kedua. Azira Shafinaz De Fam pula melakonkan watak Lisa, isteri Rizal ketiga yang sering menghabiskan masa dengan membeli-belah dan menjaga kucing kesayangannya.

Seterusnya Azar Azmi yang memainkan watak Jun, setiausaha dan orang kanan Rizal yang sangat setia dan banyak membantu Rizal dalam kisah percintaannya dan memastikan isteri-isteri Rizal tidak mengetahui tentang satu sama lain.
Ikuti Rizal dalam perjalanannya untuk menyiasat siapa di antara isterinya yang akan membunuhnya. Isteri Misteri akan ditayangkan pada Rabu dan Khamis pada jam 6 petang di TV3 dan 7 petang di Viu, yang telah bermulai 25 November 2020. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store, Google Play dan TV pintar terpilih dan juga di laman sesawang www.viu.com.
Artikel berkaitan: Top 5 Siri & Filem baru untuk Anda Binge-watching di Netflix!