Melalui sidang media yang dijalankan secara maya, Datin Noor Kartini juga umum batal permohonan trademark nama Harimau Menangis serta merta.
Beberapa hari yang lalu, isu trademark nama Harimau Menangis telah menjadi bualan ramai di laman media sosial. Usahawan Aunty Tini Kitchen, Datin Noor Kartini telah menimbulkan kemarahan pengguna dengan mengeluarkan sebuah video yang telah tular melalui akaun Instagram peribadinya. Video itu memaparkan perbualan santai mengenai isu trademark nama Harimau Menangis, lantas ia menjadi kritikan ramai.
Sehubungan dengan itu, Datin Noor Kartini yang juga merupakan ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa telah mengadakan satu sidang media secara maya. Beliau telah memohon maaf dan menjelaskan isu trademark yang berlaku. Menurutnya, tujuan asal permohonan trademark itu adalah untuk melindungi jenama perniagaan dan juga ajen-ejen jualan mereka daripada produk tiruan.
Datin Noor Kartini juga telah mengumumkan mereka akan membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan serta merta. Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan keadaan.
Berikut adalah kenyataan rasmi Datin Noor Kartini pada sidang media sebentar tadi:
Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat
media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis
yang sedang tular di media sosial.
Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap
keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.
Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan
trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin.
Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindugi jenama perniagaan
dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan.
Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki
kita masing-masing datangnya dari Allah SWT.
Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan
keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih
Baca lebih lanjut: ‘Pretend It’s A City’ Bagaikan Kembara Virtual Ke Kota New York