Bila tiba sahaja 1 November, seluruh dunia menantikan video ‘It’s Time’ dari Queen of Christmas, Mariah Carey.
EH! mengimbas kembali video ‘It’s Time’ Mariah Carey sejak pelantun ‘All I Want For Christmas Is You’ mula menggerakkan kempen ‘It’s Time; sejak tahun 2019. Pada tahun itu juga merupakan ulang tahun ke-25 album pertama Krismasnya berjudul ‘Merry Christmas’. Apa pula konsep video MAriah Carey tahun ini? Sama-sama kita nantikan hujung minggu ini.
2019
Video ini merupakan ‘video kempen’ pertama dilancarkan Mariah Carey menerusi Instagram nya. Dari video ini kita boleh nampak, Mariah dalam fasa cuba-cuba kerana penggambarannya sekadar di rumah sahaja.
Dalam video ini menunjukan Mariah tertidur dalam persalinan halloween. Tepat jam 12 malam dia mendapat panggilan dari Santa Claus. Dan mariah menjerit “It’s Timeeeeee”.

Boleh tonton di SINI!
2020
Di era pandemik, pastinya ada limitasi untuk melangsungkan penggambaran besar-besaran. Video ini memaparkan mariah berada di rumah sahaja. Seorang pemeran dalam persalinan Halloween cuba memecah masuk ke rumah Mariah, dan tanpa sedar Mariah menantinya di dalam bilik memakai baju tidur dan dia annouce ‘It’s Timeeee’.

Boleh tonton di pautan INI!
2021
Permulaan kepada sesuatu yang lebih ekstravaganza. Menerusi video ini kita boleh lihat team Mariah lebih bersedia dan mula yakin akan impak video ini. Video ini menunjukkan Mariah menghancurkan labu dengan kayu besbol.

Klik pautan INI untuk menonton!
2022
Tahun ini orang mula menantikan video ‘It’s Time’ dari Mariah Carey, dan Mariah sudah sedia dengan satu video yang akan tular. Video ini menyaksikan Mariah dalam persalinan Halloween dan sedang mengayuh basikal. Kemudian Mariah bertukar menyarung persalinan Krismas. Video ini diarahkan oleh Joseph Khan dan mendapat 7.9 juta likes di TikTok.

Boleh tonton di SINI!
2023
Mariah dan pasukannya peka dengan apa yang peminat katakan tentangnya. Rata-rata orang menganggap Mariah akan ‘defrost’ bila tibanya Krismas. Jadi mereka hadir dengan video yang menampilkan Mariah Carey beku di dalam ais dan ais retak bila dia menjerit “It’s Timeeeee”. Video ini mendapat 129 juta tontonan di TikTok. So iconic!
2024
Mariah Carey dan pengarah video ini, Joseph Khan sekali lagi menggabungkan konsep hitam putih dan warna dalam satu video. Video ini menampilkan Mariah dalam persalinan serba hita, gayanya mirip Morticia Addams, watak ikonik dari Addam’s Family. Mariah menari tango bersama seorang lelaki, Kemudian Mariah bertukar dalam persalinan Krismas dan lelaki tadi bertukar menjadi snowman. Untuk video ini Mariah berkolaborasi dengan jenama barang kemas Kay Jewelers. Video ini mencatat hampir 1 juta ‘share’ di Instagram.
