Pasangan yang bakal bernikah pada esok hari ini dilaporkan telah menerima hadiah perkahwinan lebih awal dan cukup mewah. Siapa pemberinya?
Izara Aishah bakal memulakan perjalanannya memasuki gerbang perkahwinan dengan sebuah kereta yang cukup mewah dan glamor. Hadiah kereta Rolls Royce tersebut sebenarnya adalah pemberian istimewa dari abang kepada Adib Khalid sempena perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada esok hari.
Berita itu diketahui pabila sebuah video yang kini telah tular di laman sosial memaparkan pasangan sejoli ini menerima kereta tersebut pada masa yang sama menunjukkan reaksi mereka yang sangat terkejut dengan hadiah itu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh empunya akaun Youtube iaitu Pareng Long, dilihat Izara mengucapkan ringkas, “Terima kasih, abang.”
Izara dan Adib telah mula berhubungan istimewa sejak tahun 2014 dan telah mengikat tali pertunangan pada bulan Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Adib yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan kepada portal NST sebelum ini yang mana dia dan Izara bakal bernikah pada 17 November dalam sebuah majlis ijab kabul yang bakal dihadiri hanya tetamu undangan termasuklah ahli keluarga, saudara mara serta teman rapat sahaja.
Manakala majlis resepsi di sebelah lelaki dijangka akan berlangsung dua hari selepas itu.