Perkongsian foto di Instagram dengan penampilan baharu oleh tiga selebriti ini mendapat reaksi positif.
Sambutan awal Muharam atau maal hijrah Selasa lalu mungkin menjadi permulaan baharu bagi tiga selebriti untuk tampil lebih baik. Siti Elizad dan Betty Rahmad mengesahkan mereka bedua sudah bertudung, manakala hari ini Izara Aishah pula berkongsi beberapa keping gambarnya berhijab.
Betty Rahmad semalam berkongsi satu hantaran di Instagram yang memaparkan fotonya mengenakan kemeja putih dan tudung biru. Tulisnya di ruangan kapsyen, “Thank you for your love Allah. Doakan saya semua”. Hantarannya itu menerima 96 ribu tanda suka setakat ini dengan pelbagai komen positif daripada pengikutnya termasuk rakan selebriti.