Izara Aishah juga berkongsi fotonya tampil bertudung, dan dia tidak menulis sebarang kapsyen pada hantarannya itu. Melihatkan akaun Instagramnya, didapati Izara sudah memadam gambar lamanya yang tidak bertudung. Rata-rata foto yang ada di Instagramnya ialah foto anaknya, Irisa Alaia. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari Izara, tetapi saya ada mengirim mesej dan dia membalas dengan ucapan ‘Thank you so much‘.
Kami di EH! mendoakan agar perjalanan baharu mereka dipermudahkan.
Baca: Hikmah Sebalik Fitnah, Elizad Sharifuddin Terima Panggilan Raja Permaisuri Agong