Ahli kumpulan BTS, J-Hope mengukir sejarah tersendiri dengan memperoleh 15 juta pengikut di Spotify.
Ini menjadikannya artis solo K-Pop pertama meraih pencapaian sedemikian sekali gus menewaskan anggota BigBang, G-Dragon. J-Hope turut menjadi penyanyi solo lelaki K-Pop kedua dan artis K-pop keempat paling banyak diikuti. Pencapaian ini diraihnya selepas pelancaran album solo Jack In The Box. Dengan 15,002,644 pengikut di Spotify, dia mengukuhkan popularitinya di kalangan pencinta muzik.
Pencapaian J-Hope
Pada 13 Jun lalu, jumlah penstriman album Jack In The Box yang dikeluarkan pada Julai 2022 melebihi angka 500 juta di Spotify. Pada 6 Mac 2018, album pita campuran Hope World yang dilancarkan pada tahun sama mencipta rekod dengan memperoleh lebih 500 juta strim. Hakikat muzik solo J-Hope mencatat rekod sedemikian adalah bukti bahawa peminat muzik di seluruh dunia secara konsisten memberi sokongan padu kepadanya. Kedua-dua album menampilkan lagu yang ditulis, digubah dan diterbitkan sendiri oleh J-Hope yang menonjolkan emosi berbeza.