Koleksi Album
Album Hope World menampilkan tujuh lagu termasuk Daydream. Sewaktu pelancarannya, J-Hope menjadi artis solo Korea pertama memasuki carta Billboard 200 untuk jangka masa agak lama (dari tangga ke-63 meningkat ke-38). Jack In The Box terdiri daripada 10 lagu termasuk More dan Arson yang menduduki tangga ke-82 dan ke-96 dalam carta lagu Billboard Hot100. Album ini menduduki tempat ke-17 dalam carta utama Billboard 200. Rolling Stone meletakkannya di kedudukan kesembilan dalam kategori Album Terbaik 2022.
Aktiviti BTS
BTS FESTA 2023 telah pun berlangsung baru-baru ini untuk meraikan ulang tahun ke-10 kumpulan itu. Ia diadakan dalam dan luar talian di bawah slogan rasmi ‘BTS Presents Everywhere’, menjadikan Jun sebagai bulan BTS. Acara peribadi RM dan pertunjukan bunga api kumpulan itu turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform global. Menariknya, kedua-dua acara itu mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia. Acara RM meraih 1.08 juta tontonan di Weverse manakala pertunjukan bunga api BTS pula memperoleh 1.19 juta tontonan di platform sama.
Baca: Giliran J-Hope BTS Sertai Latihan Ketenteraan Selepas Jin