Sementara itu, J-Hope ialah ahli ke-6 BTS yang dijangkiti COVID-19, selepas ahli SUGA, RM, Jin, Jimin, dan V. Semua ahli telah selamat pulih daripada virus itu setakat ini, dan Ho-seok dijangka akan buat benda yang sama.
Selepas dua tahun mengadakan konsert dalam talian, BTS telah melawat Los Angeles pada Disember lalu. Kumpulan itu gembira akhirnya boleh membuat persembahan konsert untuk ARMY, kumpulan peminat BTS. Ketua kumpulan BTS, RM berkata kesemua ahli muak dan bosan untuk pergi “konsert dalam talian”. Tambahnya lagi, “Saya tidak tahu betapa berharganya melihat satu sama lain secara peribadi dan melompat bersama-sama! Saya rasa seperti kami telah mengambil langkah besar. Kami benar-benar pulang sekarang. Ia sangat bermakna bagi kami,” lelaki berusia 27 tahun itu.
Dalam berita lain, BTS akan berlepas ke Amerika Syarikat tidak lama lagi untuk menghadiri Anugerah Grammy ke-64, yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 3 April. Manakal dari 8-9 April, dan dari 15-16 April, kumpulan itu akan mengadakan konsert ‘Permission To Dance On Stage di Stadium Allegiant Las Vegas.