Rakaman filem tersebut baru sahaja bersambung selepas ditunda tahun lalu akibat pandemik Covid-19. Ia memulakan penggambaran di Colombia pada Januari 2020 sebelum barisan pelakon dan kru produksi diarahkan pulang ke Korea pada Mac tahun yang sama.
Mereka kemudian memutuskan untuk menyambung penggambaran di Korea dan menamatkan penggambaran tahun ini juga.
Bogota yang berlatarbelakangkan tahun 90-an menyaksikan Song memegang watak utama sebagai Guk Hee, seorang anak muda yang berdepan dengan pelbagai rintangan untuk mencipta nama dalam dunia perniagaan. Filem ini turut dibintangi oleh Lee Hee-joon dan Kwon Hae-hyo.
Foto: Kdramapal
Baca: Song Joong-ki Dan Song Hye-kyo Kongsi Gambar Perkahwinan Yang Cukup Indah