Umum mengetahui pelantun lagu Kalis Rindu ini menghidap kanser limfoma tahap empat sejak sepuluh tahun lalu namun hanya berkongsi perkara itu kepada peminat pada 2017.
Jelasnya, dia bersyukur kerana kesihatannya berada pada tahap baik, tidak seperti bulan lalu di mana dia perlu diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
“Alhamdulillah saya sudah boleh bernafas dengan baik. Cuma rawatan ini masih perlu dilakukan kerana sel-sel kanser masih ada di bahagian tertentu seperti hati dan pinggul. Jadi perlu dirawat sehingga pulih,” katanya.