Bulan lalu, Elyana berkongsi pengalamannya menjalani sepuluh sesi radioterapi dan beberapa rawatan sampingan.
“Selepas sesi keenam baru saya terasa kesan radioterapi, kebiasaannya kesan rawatan memang lambat sikit. Lidah saya sudah mula pecah dan ada ulser dalam mulut ada disebabkan panas. Bermakna rawatan ini sudah mula bertindak balas.
“Di sini saya bukan sekadar menjalani radioterapi, tetapi juga tambah darah, masukkan susu untuk menaikkan berat badan dan sebagainya,” katanya.