Bintang Dunia Baru ini sememangnya seorang yang cekal dan kuat. Menerusi bual bicara secara langsung di Instagram sebelum ini, dia memaklumkan nekad menjalani radioterapi untuk kembali sembuh dan dapat terus bermain dengan dua cahaya matanya, Cinta Sumayyah, 10 dan Cahaya Ramadhani, 2.
“Walau apa pun cabarannya, saya akan cuba harungi untuk kembali sihat demi anak-anak. Saya masih lagi ingin bermain dengan mereka dan tidak mahu terbaring sepanjang masa kerana tubuh cepat penat.
“Saya menolak kemoterapi kerana ia membuatkan saya bertambah sakit dan lemah. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani radioterapi sahaja,” ujarnya.
Semoga urusan Elyana dipermudahkan dan diberi kesembuhan sepenuhnya daripada penyakit ini.
Foto: The Photosymptom
Baca: Anak Didiagnos Disleksia, Gwen Stefani Baru Sedar Dirinya Menghidap Penyakit Sama