Kehadiran para selebriti di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) yang dipentaskan minggu lalu meraih perhatian ramai antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti hadir memeriahkan pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur malam Ahad lalu dalam persalinan hitam putih rekaan pereka tersohor itu.
Walau penampilannya cukup menawan, namun yang lebih mencuri perhatian adalah jam tangan mewah dalam rona yang begitu kontras dengan persalinan yang disarungnya.