Umum ketahui, selebriti Korea dilarang untuk menandakan tubuh mereka, walaupun ingin melukis tatu kecil adalah sama dilarang sekali.
Ramai di antara kita juga sudah mengetahui tentang peraturan yang dipaksa ke atas artis K-pop oleh agensi mereka, tetapi adakah anda tahu bahawa rancangan televisyen juga menguatkuasakan peraturan tersebut? Idol ini dipaksa untuk menutup tatu dengan solekan jika memiliki ia dan hanya dibenarkan memadamkan solekan tersebut selepas habis penggambaran.
Ini mungkin ada kaitan dengan pandangan konservatif Korea tentang tatu: ia dianggap haram di Korea Selatan, kecuali apabila dilakukan oleh profesional perubatan. Namun segelintir selebriti Korea ini berani mempamerkan tatu mereka dikhalayak dan bangganya mempamerkannya.