Berita Perpisahan Janna Nick & Dini Schatzmann Drama Semata?
November tahun lalu Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberi bayangan hubungannya dengan aktor kacukan Melayu-Switzerland telah pun berakhir. “Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya di Instagram.
Dia turut memuat naik sebuah video memaparkan status ‘bujang’ menerusi satu perkongsian di TikTok. Video itu menampilkan dirinya sedang menikmati makanan berserta biodata ringkas, “Janna. 27 Tahun. Single. Tak suka buka bungkusan sambal.”
Lebih menguatkan spekulasi perpisahan mereka apabila aktres berusia 28 tahun itu membawa diri dengan bercuti sendirian ke Eropah. Malah dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram Dini Schatzmann ketika itu, juga sehingga kini. Bagaimanapun ada peminat yang meragui berita perpisahan mereka dan menganggap ia sekadar kandungan untuk mencuri perhatian netizen. Ini kerana aktor berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut tentang spekulasi tersebut.
Malah sekitar Februari lalu, Dini Schatzmann memaklumkan dia dan Janna Nick bakal membuat satu pengumuman penting selepas bulan Ramadan. Dan teka-teki status perhubungan mereka akhirnya terjawab setelah keduanya dirakam meraikan Ailfilfitri bersama baru-baru ini.
Baca: Janna Nick Jawab 50 Soalan (Termasuk Tentang Dini Schatzmann)