“Saya merindui rakan saya. Dia menyampaikan salamnya kepada anda semua. Saya baru bercakap dengannya semalam. Dia amat kecewa kerana tidak dapat menghadiri acara hari ini,” ucap Jensen di atas pentas.
Jensen turut mendedah butiran terperinci mengenai kejadian ngeri yang hampir meragut nyawa rakan baiknya itu.
“Jared mengalami kemalangan kereta yang sangat teruk. Bukan dia yang memandu, sebaliknya dia berada di tempat duduk penumpang. Dia mengakui bertuah kerana masih hidup.”