Menurut Jensen, pelakon berusia 40 tahun itu terselamat atas bantuan beg udara dan menggambarkan impak kemalangan yang dialaminya bagaikan “ditumbuk 12 kali oleh Mike Tyson.”
“Ya, kemalangan yang dialaminya amat teruk. Doakan agar dia cepat pulih dan berikan sokongan kepadanya di media sosial jika berkesempatan,” tambahnya.
Jared sebelum ini memuat naik satu ciapan di Twitter dan memaklumkan bahawa dia tidak dapat menghadiri acara itu yang berlangsung di New York.
Bagaimanapun dia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kemalangan mahupun kecederaan yang dialaminya kepada peminat.
Foto: Shutterstock