Umum mengetahui bintang Aquaman, Jason Momoa amat menyayangi rambut panjang mengurainya yang telah dibela sejak sekian lama.
Justeru apabila Jason membuat keputusan mencukur pendek ‘mahkota’ kesayangannya, ramai peminat terkejut namun percaya pasti ada alasan yang benar-benar kukuh di sebaliknya.
Menurut aktor berusia 43 tahun itu, tindakan tersebut dibuat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu yang begitu dekat di hatinya.