Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jason berkongsi video yang menunjukkan rambut ikoniknya sedang dipotong untuk menarik perhatian 17.1 juta pengikutnya.
Sambil memegang tocangnya, pelakon kelahiran Hawaii itu menjelaskan dia mahu mengambil kesempatan tersebut untuk membincangkan isu alam sekitar.
“Saya sudah penat dengan penggunaan plastik botol. Kita perlu berhenti menggunakan garpu plastik, semua yang seangkatan dengannya. Ia mencemarkan daratan dan lautan.
“Lihat sahaja pencemaran di lautan kita, ia amat menyedihkan. Jadi tolong, lakukan apa sahaja yang termampu untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna dalam hidup anda,” luahnya.