Bapa kepada dua cahaya mata itu turut menjelaskan lebih lanjut di ruangan kapsyen.
“Ini adalah satu permulaan baharu, mari sebarkan ‘aloha’. Jadi lebih baik dalam melindungi daratan dan lautan. Kita perlu menghapuskan plastik sekali guna daripada kehidupan dan lautan kita. Botol plastik, beg plastik, bungkusan, kesemuanya. Marilah ‘aloha’ alam sekitar kita bersama-sama,” tambahnya.
Jason telah beberapa kali bercakap mengenai isu alam sekitar sewaktu mempromosikan syarikat botol plastik reusable miliknya, Mananalu demi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai.
Baca: Kekasih Baharu? Aksi Mesra Jason Momoa Dirakam Di Vanity Fair Oscar