Jay-Z kini mencatat 83 pencalonan dengan 23 kemenangan termasuk album kontemporari urban terbaik untuk Everything Is Love pada 2018 dan empat lagu rap terbaik.
Dia pernah melalui persaingan sengit dengan penerbit dan komposer terkenal, Quincy Jones dengan 80 pencalonan.
Paul McCartney sebelum ini berkongsi gelaran artis kedua paling banyak dicalonkan dengan Beyonce. Bekas ahli kumpulan Beatles itu kini berjaya mengatasi Quincy untuk berada di tangga kedua dengan 81 pencalonan setelah dicalonkan dalam dua kategori rock.