Jay-Z membawa pulang kemenangan Grammy pertamanya pada 1999 untuk kategori album rap terbaik, Vol. 2… Hard Knock Life. Namun dia memboikot acara tersebut kerana DMX tidak mendapat sebarang pencalonan walaupun memperoleh dua album nombor satu pada tahun itu.
“Sejak itu saya tidak menghadiri Grammy, sehinggalah tahun 2004 apabila wanita muda dan cantik yang saya cintai, Miss Beyonce memenangi album solo,” ujarnya.
Tahun lalu, Beyonce dinobat sebagai artis wanita yang menerima kemenangan paling banyak dalam sejarah Grammy di mana dia turut menjadi artis dengan pencalonan tertinggi dalam acara tahunan ke-63 itu.
Foto: Michael Loccisano/Getty Images
Baca: “Ini Sangat Memalukan!” – Billie Eilish Ulas Kemenangan Di Grammy