Sebuah video eksperimen sosial telah dirakamkan di kota New York yang mana seorang jejaka Amerika telah memberikan reaksi kurang senang melihat dua orang lelaki yang memegang signboard bertulis ‘Banning Muslims’ dan pada masa yang sama, jejaka itu melindungi ‘girlfriend‘ yang dikatakannya iaitu Nur Fazura.
Menerusi video yang dimuat naik ke dalam laman akaun YouTube Hizzy, sebuah eksperimen telah dijalankan untuk melihat reaksi orang awam di sana sama ada mereka mahu menyumbang dana atau sebaliknya demi untuk menghalang golongan yang beragama Islam masuk ke negara yang kini dipimpin oleh Donald Trump itu.
Pada durasi 0.40 seorang lelaki warga Amerika Syarikat melalui tempat tersebut dan telah memberikan reaksi yang agak kurang senang terhadap dua orang lelaki tersebut kerana mendiskriminasi golongan beragama Islam.
Katanya dalam keadaan terkilan, “Teman wanita saya di sini adalah seorang yang beragama Islam dan dia adalah pencinta keamanan yang berasal dari Malaysia. Kenapa teman wanita saya perlu dihalang untuk memasuki Amerika Syarikat, padahal dirinya tiada kena mengena dengan sebarang keganasan. Anda memaparkan tulisan yang menghina Islam dan saya sangat terkilan. Teman wanita saya adalah seorang yang cantik dan memiliki jiwa yang baik, tetapi kamu mengatakan yang dia perlu dihalang dari berada di sini. Fikirkan terlebih dahulu sebelum kamu melakukannya.”
Pada ketika video tersebut dirakamkan, Fazura turut berada di situ. Lelaki tersebut dikenali sebagai Randy Seidman merupakan seorang DJ.
Sebelum ini Fazura pernah dipersoalkan akan hubungannya dengan jejaka tersebut, namun dia hanya menyatakan bahawa mereka sekadar berteman rapat sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=tzqOZYHeua4