“Saya benar-benar jatuh hati pada Jen ketika musim pertama. Pada satu tahap, kami menyukai satu sama lain,” kata Schwimmer.
Aniston mengakui Schwimmer tidak bertepuk sebelah tangan, namun jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu, mereka tidak mengambil langkah seterusnya walaupun menyayangi satu sama lain.
“Ia seperti dua kapal yang berselisih, kerana salah seorang daripada kami sentiasa ada pasangan, dan kami tidak pernah melewati batasan itu. Kami menghormatinya,” katanya.