Menerusi satu wawancara selepas berakhirnya reunion tersebut, penerbit Friends iaitu Marta Kauffman dan David Crane serta pengarah-penerbit eksekutif, Kevin Bright mengesahkan tarikan kimia antara Aniston dan Schwimmer, malah mendakwa ia jelas disedari semua orang di set penggambaran.
“Ia merupakan topik yang sangat hangat di set kerana tarikan antara mereka sangat luar biasa seperti, ‘Oh Tuhan, tidak mungkin mereka sekadar berlakon, pasti ada sesuatu yang istimewa!’
“Semua orang menyedari ada sesuatu yang berlaku. Kami sangkakan mereka menjalin hubungan kerana sangat serasi bersama,” kata Bright.
Walaupun jelas mereka menaruh hati terhadap satu sama lain, mereka membuat keputusan untuk tidak bertanya mahupun mencampuri urusan peribadi Aniston dan Schwimmer.